Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di dalam perkhidmatan awam (CUEPACS) menggesa kerajaan untuk meningkatkan gaji minimum sektor perkhidmatan awam kepada RM1,800.<br /><br />Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, ini kerana gaji minimum yang ditetapkan sebanyak RM1,500 dilihat tidak mampu membantu penjawat awam menanggung kos sara hidup yang semakin meningkat.